Oh my heart and soul

Oh my heart and soul
Inilah putaran kehidupan

Ahad, 13 September 2015

Tragedi Mekah: Korban kelima dari Malaysia dikenalpasti

Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab 90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.

Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Mekah.

Dengan perkembangan terbaharu ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Turut hilang tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.

Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain lapor AstroAwani

Rabu, 9 September 2015

IACC bukan hendak kenakan Najib, kerajaan; Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan; Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah; Najib sia-siakan peluang bersih nama


IACC bukan hendak kenakan Najib, kerajaan

Akhbar Satar

KUALA LUMPUR - Transparency International Malaysia (TI-M) menegaskan pihaknya tiada niat untuk mengenakan kerajaan dengan penganjuran Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) minggu lalu yang menjadi pentas mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, kebenaran untuk menganjurkan IACC ke-16 itu telah pun diluluskan sejak tahun lalu lagi.

“Sepatutnya tahun 2014 IACC dijalankan tapi tangguh ke tahun ini sebab tukar lokasi. Jadi, tahun lepas lagi kami dah dapat kebenaran daripada kerajaan.

“Ketika itu tidak ada lagi kontroversi skandal 1MDB atau derma yang dikaitkan dengan perdana menteri. Penganjuran IACC di Malaysia bukan sengaja (mengenakan Najib). Kebetulan ‘timing’ itu tidak kena,” katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan]

Minggu lalu, IACC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama tiga hari menyaksikan perwakilan-perwakilan dari dalam dan luar negara mengkritik Najib susulan skandal membabitkan wang derma RM2.6 bilion.

Menurut Akhbar, perbincangan dalam persidangan itu bukan hanya membincangkan isu dalam Malaysia sebaliknya turut menyentuh negara-negara lain.

“Sebenarnya, di mana-mana pun ada rasuah. Kebetulan IACC dibuat di sini, jadi, ia (isu derma RM2.6 bilion) dibincangkan. Tapi bukan bincang hal Malaysia sahaja...bincang hal sejagat. Kes seluruh dunia. Semua ada.

“Jika nak bandingkan, kadar rasuah di Indonesia lebih teruk daripada kita. Indonesia di kedudukan 107 dalam CPI (Indeks Persepsi Rasuah) kita nombor 50 daripada 175 negara. Kita bagus. Cuma, apabila dibincangkan di sini (Malaysia) dan isu ada, maka mereka selitkan. Itu biasa. Kita pun tak boleh nak sekat orang bercakap...yang baik kita ambil,” katanya.

Menurutnya lagi, IACC diadakan di Malaysia selepas pembatalan lokasi dari negara asal persidangan itu, Tunisia akibat pergolakan politik.

“Kerana pergolakan di Tunisia, maka IACC tidak dapat dijalankan di sana dan TI Berlin menghubungi saya dan mencadangkan agar IACC dibuat di Malaysia. Ramai yang tidak tahu ini.

“Saya hubungi Datuk Paul Low (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) maklumkan perkara itu sehingga dapat persetujuan daripada kerajaan tahun lalu,” katanya.

Menyentuh soal persidangan itu, beliau melahirkan harapan bahawa tiada lagi tempat selamat untuk pengamal rasuah di dunia ini.

“Tahun ini tajuk persidangan adalah ‘zero impunity’ maknanya toleransi terhadap kekebalan itu kosong. Tiada lagi kekebalan. Sebelum ini kan banyak orang kebal. Jadi, seluruh dunia, tiada lagi orang kebal. Harapannya begitulah.

“Tiada lagi tempat selamat untuk orang yang rasuah. Telah dibuat ketetapan bahawa orang yang buat rasuah ini tidak akan diberi visa diplomatik dah. Begini bagus. Nama-nama yang ada dalam senarai juga tidak boleh membeli hartanah di luar negara,” katanya.


Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan

Dr. Jeniri Amir

SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Putrajaya itu datang daripada pakar bukan tuduhan melulu.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata apa yang lahir dari mulut pengkritik adalah berdasarkan perspektif mereka melalui maklumat yang diterima.

“Mereka ini orang pakar yang berwibawa dalam bidang dan tugas masing-masing. Saya percaya mereka mengkritik dengan asas, penuh tanggungjawab bukan secara melulu.

“Itu sudut pandangan dan perspektif mereka berdasarkan perkembangan dan maklumat yang mereka tahu tentang perkembangan melibatkan perdana menteri dengan 1MDB,” katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas mengenai IACC yang menjadi pentas mengkritik pemimpin nombor satu negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah]

Najib menjadi sasaran perwakilan-perwakilan asing dan tempatan sepanjang persidangan itu berlangsung sejak Rabu hingga semalam berkaitan dengan skandal 1MDB.

Menurutnya, apa yang berlaku di pentas IACC adalah bersesuaian dengan tujuan persidangan itu dianjurkan.

“Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberi pandangan sesuai dengan platform yang ada. Persidangan itu adalah platform untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina...yang konstruktif tentang bagaimana untuk menangani isu dan masalah rasuah, itu sesuai dengan objektif persidangan itu.

“Mereka ambil inisiatif itu dan kebetulan IACC itu diadakan di Malaysia maka mereka ambil contoh Malaysia. Mungkin ada yang menyifatkannya sebagai campur tangan tapi platform apa lagi mereka nak gunakan selain persidangan itu yang sesuai dengan tujuan asal diadakan majlis itu?,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat pemimpin negara berhak menangkis segala kritikan yang dilemparkan namun ia mesti berasaskan fakta yang konkrit bukan sekadar penafian.

“Bagaimana kita memberi reaksi itu terpulang kepada kita. Tapi pemimpin negara berhak untuk menangkis balik. Cuma tangkisan itu hendaklah berdasarkan data dan fakta yang konkrit bukan sekadar membuat sesuatu kenyataan umum atau penafian dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disampaikan sebagai tidak adil atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.

“Sebagai rakyat kena lihat (kritikan) itu dengan pemikiran terbuka walaupun mungkin kritikan itu agak pedas tetapi saya lihat mereka mengeluarkan kenyataan itu ‘without fear or favour’. Mereka juga mempunyai integriti, bercakap berdasarkan fakta, bukannya dengan emosi dan kenyataan melulu,” katanya.

Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah

SHAH ALAM – Kritikan yang ditujukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan.
 
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kini Malaysia menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan namun kita tidak boleh menyingkirkan semua komen tersebut.
 
“Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan.
 
“Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
 
Tan Sri Rafidah Aziz

Najib terus menjadi sasaran sebahagian pemimpin dan delegasi luar negara yang hadir ke IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melanda pemimpin nombor satu negara itu.
 
 
Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menebus kembali nama baik negara ini.
 
“Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.
 
“Kawal isu-isu itu. Tiada yang terlalu sukar ditangani jika objektifnya untuk dapatkan jawapan. Kita mesti lakukan semua usaha untuk tebus balik nama baik negara Malaysia,” katanya.
 
Menurutnya lagi, jangan lagi membazir masa dan usaha dengan mempersoalkan tentang demonstrasi yang berlaku.
 
“Fokus untuk memahami kenapa rakyat berdemonstrasi...contohnya alasan mereka turun ke jalan.
 
“Fokus untuk mengetahui setiap isu di peringkat akar umbi dan selesaikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan...‘please walk the talk’,” katanya.

Najib sia-siakan peluang bersih nama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan mensia-siakan peluang keemasan yang ada untuk membersihkan namanya kepada dunia apabila beliau tidak hadir pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung sejak semalam hingga esok di Putrajaya.

Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman yang juga bekas penasihat antarabangsa kerajaan berkata, beliau kecewa dengan kegagalan Najib untuk hadir ke IACC.

"Saya kecewa beliau tiada di sini (IACC) kerana beliau sepatutnya gunakan (IACC) sebagai platform untuk menjelaskan apa yang berlaku, untuk beritahu kebenaran.

"Beliau mensia-siakan peluang ini," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, Najib dinasihatkan untuk tidak muncul pada persidangan itu atas faktor keselamatan pemimpin nombor satu negara itu.

Najib dijadualkan untuk menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pembukaan semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) namun tempatnya digantikan dengan Paul Low.

Menurutnya lagi, Najib gagal menjawab soalan mudah yang mampu menjimatkan wang pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Tidak. Jawapannya itu tidak cukup. Ia tidak menjawab soalan. Jika ia datang dari Timur Tengah, daripada siapa? Bila ia berlaku dan untuk tujuan apa?

"Ini soalan yang sangat mudah. Akaun itu dikawal olehnya, mestilah dia kena tahu dari mana wang itu. Tiada keperluan untuk bazirkan duit dalam siasatan. Beritahu sahaja kebenaran," katanya.

Tegasnya, kegagalan Najib memberitahu kebenaran hanya akan memberi impak negatif kepadanya.


https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4705139383637409686#editor/target=post;postID=7979351142591182389

Cara Topup MYCARD Untuk Menggunakan Tol Touch N Go



Ya.


Bermula tengah malam tadi, sebanyak 12 laluan Plaza Tol telah pun menutup kaunter bayaran cash kepada pengguna-pengguna lebuhraya.

Kesemua pengguna-pengguna lebuhraya selepas ini perlu membeli kad TnG, memiliki apa-apa kad yang mempunyai fungsi TnG atau sekurang2nya mempunyai nilai di dalam MYCARD untuk digunakan bagi membayar tol ketika melalui lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Berikut ialah senarai 12 lebuhraya yang memahsuhkan laluan tunai yang dimulai secara berperingkat oleh kerajaan sejak tahun 2014 lagi. Penambahan kepada yang dah sedia mahsuh la.



1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART 

Alasan kerajaan ialah pemahsuhan laluan tunai ini perlu bagi mengurangkan kesesakan jalanraya. Apa2 je la kau. Macam aku percaya.

Hahaha.

Oke. Jangan kelam kabut nak p beli kad TnG dulu.

1. Mula2 buka dompet masing2. 

2. Tengok ada tak IC. Kalau takde IC memang jahanam la korang. Warga asing ke apa neh. Kah Kah Kah

3. Then tengok belakang IC. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka korang boleh gunakan IC korang sebagai TnG. Takyah susah2 beli kad TnG beb. Kalau 32K memang tak dapek la den nak tolong. Dan yang baru replace IC tue takyah susah2. Confirm cip korang dah upgrade ke 80K macam aku. Kita dah maju weh. Jom bangga. Hihi.

4. Then laju2 tengok gambar kat bawah neh ;


Ini kawasan-kawasan yang boleh korang tambah nilai MYCARD korang untuk guna laluan TnG. Rujuk link neh juga. Cari location yang berdekatan korang. Boleh cari kat tempat yang tak kenakan surcaj. Ada surcaj bagi kawasan tertentu. Ikut suka korang la nak follow yang mana. Dan surcaj kat ATMs memang confirm dikenakan GST. Aku check sendiri website TnG. Kalau kena caj sekalipun anggap la derma ke Najib oke. Buat bayar bodyguard untuk teman mama Rosmah kau yang suka shopping lama-lama.


HAHAHAHA.

5. Tapi kalau IC korang bawah 64K, korang still ada solusi. Mana2 kad Watson ke kad Giant ke seumpamanya sekarang dah ada fungsi TnG sekaligus. So topup je guna kad-kad macam tue. Caranya amek kad-kad tue dan check sendiri. Baca-baca la apa yang dia tulis. Biasanya ada paparan icon TnG. Dan dia akan notekan samada boleh guna untuk tol ataupun tidak. Lihat belakang kad betul2. Dan baca sampai faham.



6. Ini cara-cara nak topup guna ATMs ;



- Masukkan kad ATM dan no pin
- Pilih transaksi "TOUCH 'N GO" di skrin yang dipaparkan 



- Pilih "LOAD VALUE". 



- Kad ATM akan di tolak keluar. 



- Ambil kad ATM dan sentuhkan MYCARD pada panel Touch 'n Go.



Pilih nilai yang dikehendaki






- Pilih akaun untuk transaksi debit
  
- Sentuhkan MYCARD pada panel Touch ‘n Go sekali lagi untuk tambah nilai
  
- Baki nilai kad baru akan terpapar di skrin sekiranya transaksi berjaya. Resit tambah nilai akan dicetak. Sila simpan resit tambah nilai untuk sebarang rujukan**.



** INGAT. RESIT KENA SIMPAN TAU. SEKALI KAU NAK BAYAR TOL ALIH2 TAKDE KREDIT DALAM MYCARD KAU CAMNE NAK CLAIM REFUND KALAU TAKDE RESIT?  

Maksudnya kat sini cari ATMs yang ada panel TOUCH N GO. Kat mesin ATM selalunya berdekatan dengan tempat tekan2 no pin. Kalau takde, jangan susah payah p congok2 kat situ untuk topup kat ATM tersebut. Buang masa ko je.



7. Kalau kat kaunter Watson ke Seven E ke station minyak ke lebuhraya ke p suruh kaunter buatkan. Dorang akan service korang. Serah je MYCARD atau apa-apa kad yang ada logo TnG untuk menambah nilai TnG di dalamnya.



8. Paling rendah boleh topup untuk permulaan di kaunter ialah 10.00. Selepas itu ikut suka la nak tambah berapa2. Limit 500 dalam sekali topup. Kalau guna kad TnG, korang boleh simpan sehingga 1,500 kredit dalam tue. Kalau guna MYCARD aku tak pasti peraturannya dia macam mana. Tapi kalau nak topup via ATMs, paling rendah ialah RM50.



9. Kalau kad hilang takde masalah, kredit boleh claim. Sama juga untuk MYCARD. Baki dalam card boleh diclaim dari TnG. Tapi dengar cerita la, orang sembang kedai kopi. Meliat (makan masa) gak depa nak uruskan. Muahaha. 

10. Dan, bagi yang betul2 taknak guna MYCARD sebagai TnG atas alasan takut hilang IC, cuai dan sebagainya boleh la beli kad TnG kat kaunter2 berdekatan dan jangan lupa baca syarat2 kat sini. Ada syarat2 gila gak tau. Kalau dalam masa setahun kau tak guna kad TnG, tak memasal kau kena bayar fee deactivated card dan ianya akan berterusan dalam selang masa 6 bulan. Mula2 tak guna setahun, kena denda (walaupun dia tulis fee padahal denda, saja je kapitalis TnG nak kelirukan minda kau supaya penolakan kredit tue nampak suci) then lepas 6 bulan, tak guna lagi, dia denda kau. Bugima. Alasan dorang? Untuk cover system maintenance dan kos admin. Apa jadahnya tah. Dah kita tak guna kan, apa kaitan dengan sistem dan kos operasi apa semua. Terasa customer diperbangangkan pula. Dan untuk Touch N Go versi MYCARD pula dia takde tulis kena fee kalau tak aktif untuk setahun. Cuma dia maklumkan ada jangka hayat kredit selama 10 tahun. Maka selamat la kot dari syarat2 gila di atas.

HAHAHA. 

Dan untuk check baki kredit TnG secara online pula korang kena register kat website TnG. Selain baki boleh check transaksi yang pernah dibuat juga. Klik sini.

Mana mao cari serial TnG versi MYCARD?

Lihat gambar ;




Dan versi kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG pula ;




Aku terai pastikan dengan kad Watson aku, nampaknya kedudukan serial no tue memang confirm di bawah kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG.



So itu je la. Selamat bertouch N go. Hidup Najib! 



Satu lagi projek kerajaan BN.....



http://www.amenoworld.net/2015/09/cara-topup-mycard-untuk-menggunakan-tol.html

Ahad, 6 September 2015

Inilah Presiden Berjenggot Yang Selalu Memerintahkan Rakyatnya Untuk Bersalawat


Inilah Presiden Berjenggot Yang Selalu Memerintahkan Rakyatnya Untuk Bersalawat

Alam Islam, Chechnya - Ramzan Akhmadovich Kadyrov, Presiden Republik Chechnya saat ini adalah seorang negarawan sejati yang senantiasa mengikuti Sunnah Nabi Shollallahu ‘Alahi Wasallam. Usianya baru 38 tahun namun pemikirannya sangat brilian, kurang dari 10 tahun beliau memimpin Chechnya menjadi negara dengan tingkat pembangunan yang membuat takjub dunia. Negara yang sebelumnya hancur porak-poranda karena perang kini disulap menjadi negeri yang indah, bersih dan kemas.

Ayahnya, Akhmad Kadyrov adalah seorang Ulama sekaligus Mufti Pejuang Chechnya pada masa perang, dan dilantik menjadi Presiden Republik Chechnya yang pertama, dua masa jabatan sebelum beliau. Keluarga Kadyrov adalah keluarga yang disegani oleh masyarakat Chechnya dan pemerintah Rusia.

Diantara keistimewaannya Presiden Ramzan adalah lisan beliau tidak pernah berhenti membaca Sholawat dan memerintahkan kepada segenap kementeriaan pemerintah dan warganya untuk melazimkan Sholawat.

Beliau juga mewajibkan polisi dan tenteranya untuk shalat Shubuh dan Isya berjamaah di masjid. Jika shalat Jum’at tiba, beliau akan shalat di shaf ketiga, tidak mau maju ke depan karena hormat kepada para Habib dan Ulama yang mengisi shaf pertama dan kedua.

Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri.


Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri. Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadith Pakistan. Menghafal Sahih Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Muwattha' Imam Malik. Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 thdp isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana : 

1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika si isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sbgmana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm Sahih Bukhari. Dlm kes wakil rakyat Pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti Pas bukan dgn si isteri. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn si isteri. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

2. Bai'ah yg dibuat oleh Pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman. 

3. Di zaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. 

4. Di zaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg memerintah daulah islam. Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin. 

5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh Pas. 

6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsbt ditebus dgn membayar kafarah. Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti ke arah melawan gerakan Islam dan menyokong kezaliman, maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan Islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan insya Allah tiada laknat Allah terhadap mereka kerana memperjuangkan Islam itu tidak semestinya melalui parti Pas semata-mata. 

7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan. 

8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan Islam khususnya ahli-ahli Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita yahudi, di mana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran. 

Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri. Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran. -maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini di Pakistan berhubung dgn isu ini semalam..

Rakyat tengah susah, isu lain pulak yang nak ditimbulkan.....


KUALA LUMPURLelaki Harapan Dunia dinobatkan sebagai Filem Terbaik sempena malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang berlangsung malam ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Filem tersebut turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik (Liew Seng Tat), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Raykarl Iskandar), Cerita Asal Terbaik (Liew Seng Tat) dan Penataan Seni Terbaik (Tunku Mohd Taufek).

Karya genre komedi drama daripada Everything Film Sdn Bhd itu mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu hingga mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana kecoh.

Sementara itu, aktres Fazura menitiskan air mata gembira saat diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Beliau mendapat kepercayaan juri untuk meraih anugerah itu berdasarkan wataknya sebagai Ifti Liyana yang pelbagai warna dan emosi.

Sementara itu, Lee Sai Peng yang menampilkan lakonan yang cukup berkesan dalam The Journey sebagai ayah yang berdepan cabaran menjaga hubungan dengan keluarga dalam isu pertembungan budaya, telah merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Malam kemuncak FFM27 menyaksikan nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air berentap dalam kategori-kategori penting.

Sebanyak 20 anugerah telah diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Nabil Ahmad tersebut.

Antara artis yang menjayakan persembahan pada malam gilang-gemilang itu ialah Joe Flizzow, SonaOne, Amir Jahari, Misha Omar, Amy Search dan Najwa Mahiaddin.


Berikut adalah senarai lengkap pemenang pada malam kemuncak FFM27:

Filem Box-Office - The Journey (kutipan RM18 juta)

Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar)

Sinematografi Terbaik - Eric Yeong (The Journey)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)

Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia)

Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak)

Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)

Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri -  The Great Lion

Anugerah Khas Juri - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Anugerah Khas Juri - Terbaik Dari Langit

Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng (The Journey)

Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik - The Journey

Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia


Berikut adalah senarai pemenang pada malam pembukaan FFM27:

Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)

Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)

Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)

Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)

Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)

Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)

Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)

Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim

Dah lama tak tengok filem Melayu kat pawagam. Banyak filem tapi kurang kualiti. Teringin nak tengok The Journey tapi lerlepas...

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-harapan-dunia-dinobat-filem-terbaik-ffm27-72328

Jumaat, 4 September 2015

FAM: Kim Swee dipilih ganti Dollah


PERSATUAN  Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dilantik menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan bagi menggantikan Dollah Salleh, yang letak jawatan semalam.

FAM dalam satu kenyataan menerusi Twitter rasminya berkata, “Rasmi: Datuk Ong Kim Swee dilantik pengendali sementara skuad kebangsaan selepas Dollah Salleh letak jawatan, semalam.”
Dollah

Semalam, sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Dollah mengumumkan peletakkan jawatannya selaku Ketua Jurulatih skuad kebangsaan berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun 2014, kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, semalam.

Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha‎ Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi tadi.

"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini‎ dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dollah mengakui beliau terkilan kerana menamatkan karier selaku pengendali skuad kebangsaan dengan keputusan perlawanan yang teruk.

Kekalahan 10-0 skuad negara itu adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sambil itu, Dollah tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan walaupun pemain negara telah berusaha menyerap asakan bertali arus pasukan kendalian Mahdi Ali itu.
EPISOD NGERI BOLASEPAK MALAYSIA DI BUMI UAE

Ia tajuk paling sesuai dan tepat ditujukan buat skuad bolasepak negara.Situasi kini sangat kritikal.

Kita semacam terkena gempa bumi 10 skala rhicter.Memerlukan bantuan penyelamat segera.Sebagai pengacara dan pengulas sukan saya sudah letih dan muak dengan apa yang terjadi.Alasan dan perancangan apa lagi yang hendak diketengahkan tatkala kita masih tidak mahu belajar dari "Gempa Bumi " terdahulu.

Apa lagi selepas ini.Liga kita nak dibandingkan dengan negara jiran nyata lebih memihak kepada kita tapi Singapura mampu seri pada pertemuan dengan Jepun​ sebelum ini​.Sistem pengurusan pasukan kebangsaan memerlukan rawatan dan suntikan segera jika tidak mahu terus kekal di "Wad Kecemasan Mahupun ICU".

Dollah Salleh dan pasukan kejurulatihan kini pasti dalam suasana seram sejuk dikala seruan " Letak Jawatan" makin jelas kedengaran.

Tapi adakah menukar jurulatih adalah pilihan tepat dalam misi mencari formula terbaik membawa skuad bolasepak keluar dari pandangan negatif ini.

Namun satu lagi aspek yang mungkin boleh dicadangakan kepada FAM adalah memberi kelebihan buat pemain muda yang punya semangat berkobar kobar demi bolasepak negara.Kita sudah tidak punya masa.

Lihat bagaimana Chanatip Songkrasin dan rakan rakan dibentuk selama 5 tahun dalam pasukan yang sama.Negara Gajah Putih itu sudah bersedia dengan barisan pemain masa hadapan mereka.

Tidak salah meniru benda yang baik.

Tapi kita kadangkala tidak berpijak dibumi yang nyata. Kita terlalu diulit tentang sejarah lampau yang telah pun berada dalam lipatan sejarah negara.

Kekalahan besar ini juga menjadikan kita penyokong mahupun pencinta bolasepak hilang sabar.

Kekalahan ini juga akan menyaksikan penoreh getah,peniaga mahupun  pemandu teksi akan menggunakan topik ini sebagai bahan bualan berpanjangan di pagi hari.

FAM oh FAM..
#apapulaklepasni