Oh my heart and soul

Oh my heart and soul
Inilah putaran kehidupan

Jumaat, 4 September 2015

EPISOD NGERI BOLASEPAK MALAYSIA DI BUMI UAE

Ia tajuk paling sesuai dan tepat ditujukan buat skuad bolasepak negara.Situasi kini sangat kritikal.

Kita semacam terkena gempa bumi 10 skala rhicter.Memerlukan bantuan penyelamat segera.Sebagai pengacara dan pengulas sukan saya sudah letih dan muak dengan apa yang terjadi.Alasan dan perancangan apa lagi yang hendak diketengahkan tatkala kita masih tidak mahu belajar dari "Gempa Bumi " terdahulu.

Apa lagi selepas ini.Liga kita nak dibandingkan dengan negara jiran nyata lebih memihak kepada kita tapi Singapura mampu seri pada pertemuan dengan Jepun​ sebelum ini​.Sistem pengurusan pasukan kebangsaan memerlukan rawatan dan suntikan segera jika tidak mahu terus kekal di "Wad Kecemasan Mahupun ICU".

Dollah Salleh dan pasukan kejurulatihan kini pasti dalam suasana seram sejuk dikala seruan " Letak Jawatan" makin jelas kedengaran.

Tapi adakah menukar jurulatih adalah pilihan tepat dalam misi mencari formula terbaik membawa skuad bolasepak keluar dari pandangan negatif ini.

Namun satu lagi aspek yang mungkin boleh dicadangakan kepada FAM adalah memberi kelebihan buat pemain muda yang punya semangat berkobar kobar demi bolasepak negara.Kita sudah tidak punya masa.

Lihat bagaimana Chanatip Songkrasin dan rakan rakan dibentuk selama 5 tahun dalam pasukan yang sama.Negara Gajah Putih itu sudah bersedia dengan barisan pemain masa hadapan mereka.

Tidak salah meniru benda yang baik.

Tapi kita kadangkala tidak berpijak dibumi yang nyata. Kita terlalu diulit tentang sejarah lampau yang telah pun berada dalam lipatan sejarah negara.

Kekalahan besar ini juga menjadikan kita penyokong mahupun pencinta bolasepak hilang sabar.

Kekalahan ini juga akan menyaksikan penoreh getah,peniaga mahupun  pemandu teksi akan menggunakan topik ini sebagai bahan bualan berpanjangan di pagi hari.

FAM oh FAM..
#apapulaklepasni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan